KOTA BHARU - Memahami keperluan mendesak melibatkan peralatan keselamatan bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-10), ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd menyumbangkan 56,000 keping topeng muka kepada pasukan barisan hadapan di negeri ini.
Syarikat Multinasional dari Jepun itu melalui satu kenyataan memberitahu, topeng muka itu diserahkan kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan beberapa lokasi lain.