Malaysia menua empat kali lebih pantas
Iklan
Malaysia hanya mempunyai tempoh 22 tahun lagi untuk melengkapkan persiapan mendepani ancaman negara menua pada 2048.
MALAYSIA dijangka melalui peralihan daripada negara menua kepada negara tua dalam tempoh hanya 27 tahun, kira-kira empat kali lebih pantas berbanding Perancis yang mengambil masa 115 tahun melalui perubahan demografi sama.
Malaysia mencapai status negara menua pada 2021 apabila tujuh peratus penduduknya berusia 65 tahun ke atas dan berdasarkan unjuran semasa, angka itu dijangka mencecah 14 peratus pada 2048 sekali gus meletakkan negara dalam kategori negara tua.