10 tahun, 11.4 peratus siap?
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Projek Lebuhraya Pan Borneo.
SETIAP kali Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), akan ada kejutan. Ambil sahaja satu pendedahan: Pasal perbezaan ketara pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah dengan yang di Sarawak. LPB Sarawak nampaknya 'hampir sempurna' tapi pelaksanaan di Sabah hanya 11.4 peratus siap selepas 10 tahun.
Kata Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, daripada 31 pakej bernilai RM16.3 bilion itu masih dalam pelaksanaan, sembilan dalam kategori 'projek sakit', 13 pakej kerja lewat jadual.