Kereta terbakar di parkir bawah tanah, tiga wanita sesak nafas

Iklan
Asap hitam menyelubungi kawasan sekitar pusat beli belah di Johor Bahru susulan kereta yang berada di parkir aras bawah tanah bangunan itu terbakar

JOHOR BAHRU - Wanita warga Singapura antara tiga mangsa yang mengalami sesak nafas selepas sebuah kereta terbakar di kawasan parkir aras bawah tanah pusat beli belah di sini, pada Selasa.

Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 26 anggota bersama tiga jentera Fire Rescue Tender dan dua kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba enam minit kemudiannya segera menjalankan tinjauan menyeluruh susulan asap tebal menyelubungi pekarangan parkir aras bawah tanah.

Iklan

“Tiga mangsa ditemui sesak nafas dan rawatan awal diberikan kepada mereka sebelum salah seorang daripadanya dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Video dan gambar-gambar kejadian itu turut tular di media sosial.

Iklan

Beliau berkata, mangsa melibatkan dua wanita tempatan berusia 25 dan 48 tahun manakala maklumat peribadi warga Singapura belum diperoleh.

Operasi sedang berlangsung dan punca kejadian masih dalam siasatan.