PropNex Malaysia, DreamVest Realty bersatu pacu PXM5000

Iklan
Pengurusan tertinggi PropNex dan DreamVest Realty menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) The Blue Wave 2026, sekali gus menjadi pencapaian penting pertama dalam perjalanan PXM5000

Pengurusan tertinggi PropNex dan DreamVest Realty menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) The Blue Wave 2026, sekali gus menjadi pencapaian penting pertama dalam perjalanan PXM5000

KUALA LUMPUR - PropNex Malaysia dan DreamVest Realty membuka lembaran baharu dalam industri hartanah apabila hampir 200 profesional hartanah DreamVest Realty kini bergerak bersama PropNex Malaysia menerusi The Blue Wave 2026, sekali gus menjadi pencapaian penting pertama dalam perjalanan PXM5000.

Iklan
Iklan

The Blue Wave 2026 yang berlangsung di ibu pejabat PropNex Malaysia pada Isnin menandakan permulaan fasa baharu dalam perjalanan Unity Journey PropNex Malaysia menuju pembinaan sebuah platform nasional berkapasiti 5,000 orang.

Program berkenaan diakhiri dengan sesi tandatangan simbolik dan penyerahan Blue Wave flag, apabila barisan kepimpinan utama PropNex Malaysia dan DreamVest Realty tampil bersama membawa mesej utama acara, ‘United as One. Transform Generations’.

Iklan

PropNex Malaysia kini mempunyai lebih 2,200 profesional hartanah di seluruh negara.

Bagaimanapun, PXM5000 bukan sekadar sasaran untuk membesarkan jumlah tenaga kerja, sebaliknya aspirasi membina sebuah platform nasional berkapasiti 5,000 orang dengan kepimpinan lebih kukuh, latihan dan teknologi lebih mendalam serta jaringan pasaran lebih luas.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Malaysia, Marcus Teng berkata, PXM5000 tidak pernah bermaksud membesarkan organisasi semata-mata berdasarkan angka.

“PXM5000 tidak pernah bermaksud menjadi lebih besar semata-mata kerana angka. Kami membina pemimpin sebelum membina perniagaan.

“Apabila pemimpin berkembang, mereka membangunkan individu; apabila individu berkembang, pertumbuhan perniagaan menjadi lebih mampan.

“United as One bermaksud menghimpunkan individu yang baik, pasukan yang kuat dan keupayaan yang berbeza supaya kita dapat mencipta lebih banyak peluang dan meningkatkan standard profesional pasaran,” katanya.

Marcus Teng ketika berucap di hadapan tetamy pada majlis MOU berkenaan.

Bagi PropNex Malaysia, Unity Journey bukan mengenai menjadikan setiap pasukan sama, sebaliknya membawa tenaga kerja, pengalaman, keupayaan dan budaya yang telah dibina pasukan berbeza ke dalam satu platform lebih besar supaya kekuatan masing-masing dapat diperluaskan.

Pengasas Bersama DreamVest Realty, Jeff Ong pula berkata, penyertaan bersama PropNex Malaysia bukan bermaksud meninggalkan budaya dan kekuatan yang telah dibina DreamVest selama bertahun-tahun.

“DreamVest telah membina budaya, tenaga kerja dan kekuatannya sendiri selama bertahun-tahun.

“Bergerak bersama PropNex Malaysia bukan bermaksud meninggalkan apa yang telah kami bina. Ia adalah tentang membawa kekuatan itu ke platform yang lebih besar sambil memberi pasukan kami akses kepada sumber, latihan, teknologi dan kerjasama yang lebih luas.

“Kami bukan kehilangan apa yang menjadikan kami kuat; kami memperbesar apa yang boleh kami bina bersama,” katanya.

Jeff Ong menjelaskan penyertaan bersama PropNex Malaysia membawa kekuatan DreamVest ke platform yang lebih besar.

Dua tahun, dua pengiktirafan

Dalam perkembangan berkaitan, PropNex Malaysia turut mencatat pencapaian menerusi pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records dalam tempoh dua tahun berturut-turut, sekali gus menambah makna kepada perjalanan organisasi berkenaan dalam menetapkan penanda aras baharu dalam industri hartanah.

Pada Julai 2025, ASEAN Records mengiktiraf PropNex Malaysia bagi pencapaian ‘Largest Multi-Sector Property Exhibition by a Single Real Estate Agency Across Offline and Online Platforms’ menerusi Malaysia Property XPO 2025.

Pencapaian itu direkodkan selepas sebanyak 6,440 senarai hartanah yang disahkan berjaya diselaraskan secara serentak merentasi platform fizikal dan digital.

Tidak berhenti di situ, pada Mei 2026, PropNex Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan berganda daripada ASEAN Records dan ASIA Records bagi ‘Largest Paid Real Estate Sales Masterclass Featuring a Millionaire Trainer Panel’.

Pencapaian itu membabitkan antara 803 hingga 850 peserta berbayar, 23 penceramah jutawan di pentas serta 60 pencapai jutawan yang berperanan sebagai mentor dalam ekosistem pada edisi ke-18 program AST Millionaire Mastery.

Dua pengiktirafan berturut-turut itu menjadi sebahagian daripada perjalanan PropNex Malaysia dalam membina standard organisasi dan program yang mendapat pengiktirafan di peringkat serantau serta benua.

Inspirasi daripada PropNex Singapore

Unity Journey berkenaan turut mencerminkan satu bab terdahulu dalam perkembangan PropNex Singapore.

Pada 2017, PropNex Singapore dan DWG bergerak bersama apabila ratusan jurujual DWG berpindah ke PropNex.

Langkah berkenaan menjadikan PropNex Singapore agensi hartanah terbesar di negara itu pada ketika tersebut, selain memperluas platform bagi latihan, teknologi, sistem, pembangunan kepimpinan dan peluang pasaran.

Key Executive Officer PropNex Singapore, Lim Yong Hock berkata, pengalaman pada 2017 menunjukkan bahawa nilai sebenar bukan terletak pada skala semata-mata, sebaliknya perkara yang dapat diwujudkan menerusi platform lebih besar.

“Pengalaman 2017 menunjukkan bahawa nilai sebenar bukan pada skala semata-mata, tetapi pada apa yang dapat diwujudkan oleh platform yang lebih besar, latihan yang lebih kukuh, sistem yang lebih baik, peluang yang lebih luas dan lebih ramai pemimpin dibangunkan.

“Malaysia akan mempunyai perjalanannya sendiri, tetapi prinsipnya sama: unity menjadi bermakna apabila individu berkembang kerananya,” katanya.

Bagi PropNex Malaysia, matlamatnya bukan sekadar mempunyai lebih ramai ejen, tetapi membangunkan ejen yang lebih baik.

Syarikat akan terus memperkukuh pembangunan kepimpinan, latihan berstruktur, teknologi, risikan pasaran, sumber pemasaran dan kerjasama rentas wilayah, di samping mengukuhkan keupayaan subsales dan project sales.

Pertumbuhan itu pada akhirnya turut memberi kesan kepada pengguna.

Bagi penjual, rangkaian yang lebih besar dan saling berhubung boleh mewujudkan capaian pasaran serta pendedahan hartanah yang lebih luas.

Bagi pembeli dan pelabur pula, risikan pasaran, pengetahuan profesional serta sumber rentas wilayah yang lebih mendalam boleh membantu mereka membuat keputusan berkaitan hartanah berdasarkan maklumat yang lebih baik.

Apabila perkhidmatan profesional yang lebih baik menjadi standard yang diharapkan pengguna, industri hartanah turut bergerak ke hadapan.

The Blue Wave 2026 bukan sekadar pengumuman sehari, sebaliknya menjadi permulaan kepada fasa seterusnya PropNex Malaysia menerusi semangat ‘United as One. Transform Generations’.