Konflik pelajar bermula dalam telefon - Pakar
Iklan
Pelajar hari ini hidup dalam dua dunia serentak iaitu fizikal dan digital menyebabkan pertelingkahan boleh berlaku tanpa henti di luar pengetahuan guru dan ibu bapa. Foto hiasan janaan AI
SHAH ALAM – Konflik dalam kalangan pelajar kini tidak semestinya bermula di kantin atau bilik darjah, sebaliknya boleh tercetus dalam telefon sebelum dibawa ke dunia nyata.
Pakar Kriminologi dan Keselamatan Sempadan Universiti Utara Malaysia, Dr Zalmizy Hussin berkata, pelajar hari ini hidup dalam dua dunia serentak iaitu fizikal dan digital menyebabkan pertelingkahan boleh berlaku tanpa henti di luar pengetahuan guru dan ibu bapa.