Kelas habis, anak tak balik
Iklan
Tragedi Yap Shing Xuen dan Irene Sofiya mengundang persoalan mengenai keselamatan pelajar di sekolah.
MUKADDIMAHNYA, sekitar jam 4 petang Sabtu lalu, keluar satu berita mengenai keluarga mendiang Yap Shing Xuen.
Hampir setahun selepas anaknya, 16, maut di sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, keluarga itu memfailkan saman sivil terhadap 18 pihak termasuk remaja terbabit, ibu bapanya, pihak sekolah dan kerajaan.