Selamat Hari Akademia
Iklan
Dianggarkan ada 25,000 ke 50,000 universiti dalam dunia moden hari ini. Di situlah berlindungnya pendidik, pemikir atau penyelidik dengan kepakaran masing-masing. Foto hiasan
PADA zaman kuno sebelum muncul banyaknya universiti seperti sekarang, Plato telah menubuhkan sekolahnya sendiri. Ia dinamakan sebagai Akademi Plato atau yang selalu disebut sebagai The Academy.
Ia bukan sekolah biasa. Sekolah yang berteduh di bawah pohonan zaitun ini menjadi tempat mengajar berfikir dan berdebat. Ia juga sekolah yang antara tujuannya ialah untuk melatih orang menjadi penasihat kepada pemimpin.