Ringgit ditutup mengukuh berbanding mata wang ASEAN

Iklan
Ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

KUALA LUMPUR - Ringgit mengakhiri urus niaga pada Isnin dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lepas.

Jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.0845/0890 daripada 4.0820/0870 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) terus meraih momentum susulan sentimen mengelak risiko berterusan ketika kebimbangan terhadap terhadap kedudukan kewangan awam serta pergolakan politik di negara Eropah pada masa ini.

"Mata wang euro merosot ke paras terendah dalam tempoh 17 bulan pada Isnin susulan laporan media mengenai pengumuman Sepanyol mengadakan pilihan raya mengejut pada 29 November depan.

Iklan

"Berikutan itu, ringgit setakat ini kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama dunia.

Iklan

Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.5775/5825 daripada 4.5927/5983 pada Jumaat dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5858/5886 daripada 2.5906/5941.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.4022/4081 daripada 5.3927/3993, sebelum ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1905/1943 daripada 3.1908/1952 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1234/1411 daripada 12.1579/1778.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 227.9/228.3 daripada 228.2/228.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.52/6.53 daripada 6.52/6.54 sebelum ini. - Bernama