Rework lancar Agentic OS bantu syarikat Malaysia ceburi AI

Iklan
Warga kerja Rework ketika pelancaran Agentic OS di ibu kota baru-baru ini.

SYARIKAT teknologi global, Rework.com (Rework) memperkenalkan platform operasi perniagaan baharu 'Agentic Operating System for Business' (Agentic OS) menerusi acara Rework Launch 2026 di sini.

Agentic OS diperkenalkan bagi membantu organisasi melangkaui eksperimen kecerdasan buatan (AI) terpencil dengan menggabungkan tenaga kerja, ejen AI, data perniagaan dan gerak kerja operasi dalam satu platform.

Iklan
Iklan

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rework, Eric Pham berkata, organisasi moden perlu menyusun semula pembahagian tanggungjawab antara manusia dan AI memandangkan teknologi itu semakin berkembang.

Jelasnya, Agentic OS dibangunkan kerana Rework berpendapat manusia dan ejen AI boleh menjalinkan sinergi merentasi perkhidmatan perniagaan yang saling berhubung kait.

Iklan

"Jurang penggunaan AI dalam kalangan perniagaan di Malaysia bukanlah disebabkan oleh kekurangan pelaburan atau model bahasa besar. Sebaliknya, ia kerana kekurangan infrastruktur perniagaan.

"Agentic OS mewakili generasi sistem pengendalian seterusnya yang bakal merapatkan jurang tersebut selain membantu perniagaan beralih daripada individu berkuasa AI terpisah kepada perniagaan berejen sebenar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Eric berkata, Agentic OS dibangunkan kerana Rework berpendapat manusia dan ejen AI boleh menjalinkan sinergi merentasi perkhidmatan perniagaan yang saling berhubung kait.

Dengan perkembangan pesat model dan keupayaan AI, Eric berpandangan bahawa AI mungkin bakal menjadi sesuatu yang semakin 'dikomoditikan'.

Pihaknya membayangkan dalam masa terdekat, kelebihan saing tidak lagi bergantung kepada akses model AI tertentu, sebaliknya tentang betapa efektif sesebuah perniagaan mengaplikasikan AI ke dalam operasi dan kepakarannya.

“Agentic OS menyediakan persekitaran operasi berkongsi untuk manusia dan AI yang membolehkan perniagaan menterjemah serta mengguna semula pengetahuan operasi, keputusan, proses, sejarah pelanggan dan pengalaman terkumpul mereka.

"Inilah yang kami panggil sebagai kecerdasan organisasi,” ujar beliau.

Agentic OS terdiri dari dua lapisan teras iaitu 'Intelligence Architecture' dan 'Business Services'.

'Intelligence Architecture' bermaksud kecerdasan teras yang menguasai keseluruhan perniagaan merangkumi hasil perniagaan berpusat, perkembangan pengetahuan perniagaan serta susunan pelbagai ejen AI meliputi 'Service AI', 'AI Assistant', 'AI Desktop' dan 'Workflow AI'.

'Business Services' pula bermaksud ratusan perkhidmatan operasi sedia ada yang saling berhubung kait dan diatur mengikut fungsi utama perniagaan.

Gabungan dua lapisan berkenaan membolehkan Agentic OS menghimpunkan ratusan perkhidmatan perniagaan merentasi fungsi utama termasuk Perkhidmatan Operasi Pemasaran, Perkhidmatan Operasi Jualan, Perkhidmatan Operasi Kerja, Perkhidmatan Operasi Tenaga Kerja serta Perkhidmatan Komunikasi.

Mengulas mengenai visi keseluruhan Agentic OS, Rakan Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Rework, Brian Trinh berkata, pihaknya percaya perniagaan sepatutnya berupaya meningkatkan kecerdasan kerja secara berterusan.

"Kami mahu membina produk yang hebat setiap tahun dan setiap hari. Peluang dalam era AI ini bukan sekadar menambah satu lagi alatan AI pada susunan perisian sedia ada.

"Perniagaan perlu memikirkan semula bagaimana kerja atau konteks direka dan kaedah manusia serta ejen AI beroperasi bersama," jelas Brian.