Henti manipulasi agensi, pulangkan hak jemaah
Iklan
Jemaah bukan sekadar pelanggan yang membayar sebuah pakej perjalanan malah mereka juga adalah tetamu ALLAH yang menyerahkan kepercayaan kepada pihak yang menguruskan perjalanan ibadah masing-masing. - Foto imej janaan AI
BAYANGKAN setelah berbelas jam menempuh perjalanan jauh dengan debaran rindu yang sarat untuk sujud di depan Baitullah, anda tiba di lobi hotel hanya untuk disambut dengan khabar duka bahawa nama anda tiada dalam sistem tempahan.
Episod jemaah yang terkandas di lobi hotel selama berjam-jam seolah-olah menjadi acara wajib yang mencemari kesucian musim umrah setiap tahun.