ATM tambah anggota, aset mesti praktikal - Penganalisis
Iklan
Laporan muka depan Sinar Ahad. Foto kecil: Muhammad Fuad
SHAH ALAM - Penambahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah dan Sarawak perlu disusuli dengan pengukuhan aset pertahanan mencukupi dan berkeupayaan tinggi.
Penganalisis pertahanan dan geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, keseimbangan keanggotaan dan aset perlu diberi perhatian supaya penempatan anggota di kedua-dua negeri itu mampu memenuhi keperluan strategik pertahanan negara.