Dari hutan Bentong ke beret hijau
Iklan
Mohd Fauzi
SEKITAR jam 2 pagi, deruman dua helikopter Black Hawk memecah kesunyian ketika sekumpulan anggota tentera menunggu di titik pengambilan kira-kira 10 kilometer di belakang garisan musuh dalam satu latihan.
Tanpa lampu penanda dan dengan ruang kesilapan yang amat kecil, kedua-dua helikopter milik Amerika Syarikat (AS) itu muncul beberapa detik kemudian sebelum mendarat untuk membawa keluar pasukan berkenaan.