Tujuan hidup dan umur panjang
Iklan
Banyak kajian terdahulu mendapati risiko kemurungan lebih rendah jika seseorang itu ada tujuan dalam hidup. Foto hiasan
TUN Dr Mahathir Mohamad adalah antara sedikit centenarian yang masih hidup hari ini. Tapi berbanding centenarian lain, beliau masih kuat bekerja.
Jam 8.30 pagi setiap hari beliau sudah keluar rumah untuk ke pejabat. Katanya, selagi hayatnya ada, beliau akan perjuangkan masa depan bangsa dan negara yang tercinta.