Gelagat aktor politik era Madani
Iklan
Dalam sistem Kabinet menteri boleh mempunyai pandangan yang berbeza. - Imej janaan AI
DALAM politik, ada kalanya seseorang berkata, “Saya akan letak jawatan.” Tetapi apabila sampai waktunya, muncul pula satu lagi ayat: “Saya akan letak jawatan apabila...” Ada syarat-syarat tertentu yang sebelum itu tidak dinyatakan diketengahkan seolah-olah memberi gambaran kesukaran melepaskan kuasa.
Terbaharu ia melibatkan Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.