Belanjawan pilihan raya
Iklan
Belanjawan 2027 perlu memberikan tumpuan utama kepada usaha mengurangkan beban kos sara hidup. - Gambar hiasan
PENGGAL pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang menghampiri penghujung. Dalam tempoh sekitar 12 hingga 16 bulan lagi, Anwar perlu membubarkan Dewan Rakyat bagi mendapat mandat baharu.
Keadaan sekarang tidak begitu memberangsangkan buat Anwar. Kekalahan parti beliau dalam pilihan raya negeri Sabah, Johor dan Negeri Sembilan adalah indikator jelas bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi mengubah senario politik semasa.