'Datang rumah kita mestilah orang yang kita suka' - Khaled Nordin

Iklan
Mohamed Khaled

KOTA TINGGI - “Siapa nak datang rumah kita, mestilah orang yang kita suka. Bukan semua orang.”

Demikian respons ringkas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditanya sekiranya ada pihak lain seperti Parti Wawasan Negara (Wawasan) mahu menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tidak semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan logo BN sekiranya bersetuju membentuk kerjasama politik dalam PRN Melaka.

“Sebenarnya kita mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menggunakan logo BN tetapi bersandarkan kepada keputusan asas,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pihaknya bersedia menggunakan logo BN sekiranya lambang Perikatan Nasional (PN) tidak digunakan pada PRN Melaka.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, kerjasama Pas dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir direalisasikan apabila rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu mencapai 90 peratus.

Iklan

Menurut beliau, Pas juga bersedia menggunakan logo BN dalam PRN tersebut jika langkah berkenaan membawa kepada kerjasama kedua-dua pihak.

Mohamed Khaled memberitahu, BN terbuka mengadakan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak yang berhasrat menggunakan logo parti itu pada PRN Melaka nanti.

“Kalau itu sesuatu yang mereka berkehendakkan, kita bersedia untuk berbincang,” ujarnya.

Ditanya mengenai jumlah 21 kerusi yang sebelum ini dikaitkan dengan BN, Mohamed Khaled menjelaskan, beliau tidak terlibat secara langsung dalam rundingan berkenaan.