Anak tuntung dilepaskan ke Sungai Kemaman

Iklan

CHUKAI - Anak tuntung dilepaskan ke sungai pada Program Pelepasan Anak Tuntung di Sungai Kemaman berhampiran Kampung Pasir Gajah di sini hari ini.

Kesemua 690 anak tuntung berusia kira-kira lima bulan yang dilepaskan itu adalah hasil penetasan telur yang dikutip dan dieram selama tiga bulan, sebelum dipelihara sementara di Pusat Konservasi Tuntung Sungai.

Iklan
Iklan

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Persatuan Pemuliharaan Tuntung Malaysia (TCS), Dr Chen Pelf Nyok berkata, pihaknya mengutip lebih 1,600 telur tuntung tahun ini dengan lebih 1,200 daripadanya berjaya menetas sebelum dilepaskan secara berperingkat.

"Saya berharap anak tuntung yang dilepaskan ini dapat membesar sehingga mencapai usia matang dan kembali ke kawasan sungai berkenaan untuk bertelur," katanya. Foto: Bernama

Iklan
Iklan