IPOH - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak bagi menempatkan 58 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak serta Larut, Matang dan Selama, semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Degong di Hilir Perak menempatkan tiga mangsa susulan banjir membabitkan kawasan di Jalan Kampar Langkap pada 4 petang, Khamis lepas.