Selamat pulang ke negeri abadi Dr Hasmah
Iklan
Kenangan Tunku Zain bersama Allahyarham Dr Hasmah.
SEJAK kecil, saya belajar untuk tidak mudah mempercayai ahli politik. Kursus mengenai politik dunia dan politik British, serta falsafah politik, mengajar saya bahawa sejak awal tamadun manusia, mereka yang memegang tampuk kuasa (sama ada melalui pewarisan, penaklukan atau pilihan raya) sering menggadaikan prinsip moral mereka apabila semakin dahagakan kuasa.
Interaksi saya dengan ahli politik dalam kehidupan sebenar juga sering membuktikan bahawa ia benar.