Jangan ukur Malaysia melalui satu lensa
Iklan
Dalam beberapa pilihan raya, turut wujud analisis yang tidak selari keputusan serta sentimen sebenar di lapangan. - Gambar hiasan
PENULIS mendapati sebahagian penganalisis politik berbahasa Cina cenderung menilai UMNO dan Pas dari perspektif serta sentimen masyarakat Cina, menyebabkan kritikan terhadap kedua-dua parti itu sering mendapat perhatian dan bacaan tinggi dalam media berbahasa Cina.
Akibatnya, sebahagian analisis mungkin terlalu bergantung kepada pemerhatian, tinjauan bersampel kecil dan sentimen media sosial Cina. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022, misalnya, kekuatan UMNO terlebih anggar manakala PN dipandang rendah.