Perginya 'ibu' negara sebenar
Iklan
Allahyarham Tun Dr Hasmah. Foto: Bernama
ALLAHYARHAM Tun Dr Hasmah Mohd Ali ialah 'ibu negara' yang sebenar. Dalam istilah bahasa Inggeris, mother of the nation. Kita mungkin tidak setuju dengan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi kita tidak ada alasan untuk tidak menyukai Allahyarham.
Tun Dr Hasmah tidak pernah menonjol diri, terbabit dengan kontroversi apatah lagi berlagak menarik perhatian orang ramai pada dirinya. Beliau ialah seorang isteri kepada PM bukan 'matahari kembar' yang mahukan layanan sama. Memang betul kata orang beliau tunggak kekuatan Tun M dalam senang apa lagi dalam susah. Kata orang putih soulmate yang tulen. Musuh kental Tuk M sendiri pun mengakui hal itu.