'Penjaga' semua ukuran di Malaysia
Iklan
Dr Faridah (tiga dari kanan) menerima kunjungan hormat daripada Pengarang Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi (dua dari kanan); Ketua Komunikasi Korporat dan Strategik Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin (empat dari kanan) serta wakil Sinar Harian di NMIM, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang baru-baru ini.
APABILA membeli 20 liter petrol, kita biasanya hanya melihat harga dan jumlah liter yang tertera pada meter. Kita percaya apabila meter menunjukkan 20 liter, itulah jumlah yang benar-benar masuk ke dalam tangki. Bila membeli emas pula, perhatian kita mungkin lebih kepada harga dan berat. Jarang kita bertanya, bagaimana kita tahu ukuran itu benar-benar tepat?
Hakikatnya, hampir semua perkara di sekeliling kita bergantung kepada pengukuran. Masa, jarak, berat, kelajuan, isipadu, penggunaan elektrik malah ketulenan emas semuanya memerlukan ukuran yang tepat. Jika ukuran tersasar, walaupun sedikit, kesannya boleh menjadi besar apabila melibatkan jutaan ringgit, perdagangan antarabangsa atau keselamatan pengguna.