KUALA LUMPUR - Pas dilihat perlu melakukan satu lagi 'korban' politik sekiranya mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, korban tersebut ialah Wawasan yang ternyata menjadi antara punca utama aspek pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas terus menemui jalan buntu.
Iklan
Iklan
“Kami mendapat maklumat bahawa UMNO mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Bersatu, yang kebanyakan telah sertai Wawasan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Datuk Seri Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan bahawa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar tamparan kepada Pas atau Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya kata Rafizi, 'pukulan maut' sebenar jatuh kepada parti Wawasan yang bergantung kepada jentera PN.
Mengulas lanjut, kata Muhammad Iman, Pas kini terpaksa berdepan dengan lebih banyak dilema selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu demi memenuhi permintaan UMNO.
“Sudahlah UMNO mahu jawatan Perdana Menteri dan bertanding di lebih banyak kerusi berbanding Pas, kini UMNO juga mahu Pas korbankan Wawasan sekiranya mahu adakan kerjasama PRU16,” jelasnya. - Awani