Hanya Seri Manjung catat IPU tidak sihat

Iklan
Seri Manjung di Perak merupakan satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 108, setakat jam 9 pagi ini. Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR - Seri Manjung di Perak merupakan satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 108, setakat jam 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 62 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana manakala lima kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.

Iklan
Iklan

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama