‘Terasa seperti sama-sama mengembara’

Iklan
Penulis buku siri Ustazah Basikal, Ahmad Mohd Isa berharap karya tersebut mencapai satu juta penjualan dalam tempoh tiga tahun lagi.

SHAH ALAM - Buku siri Ustazah Basikal terus mendapat permintaan ramai apabila lebih 78,000 naskhah terjual dalam tempoh tujuh tahun sejak penerbitan pada 2019.

Penulisnya, Ahmad Mohd Isa, 38, berkata, karya itu masih mendapat tempat di hati pembaca kerana tajuk dan kulit buku yang mencetuskan rasa ingin tahu mengenai kandungan Ustazah Basikal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana seorang ustazah sanggup mengembara sejauh itu dengan menggunakan basikal.

Koleksi lima siri buku Ustazah Basikal.

Iklan

“Malah, sepanjang saya bertemu peminat buku ini, ada yang mengatakan cara olahan ceritanya menyebabkan mereka rasa seperti sama-sama mengembara dan menjadi penunggang basikal ketiga terutamanya jilid pertama.

“Saya juga harap agar buku ini boleh diterjemahkan dalam bahasa antarabangsa memandangkan penceritaan buku ini juga melibatkan banyak negara,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua TikTok Karangkraf Mall, Nurul Khalidah Kamarulzailan berkata, buku siri Ustazah Basikal terjual sebanyak 200 naskhah dalam tempoh dua jam menerusi megalive di Tiktok.

Nurul Khalidah

Jelasnya, sebanyak lima buku Ustazah Basikal iaitu jilid satu hingga lima ditawarkan dengan setiap pembelian satu naskhah dan turut menerima poster perjalanan Ustazah Basikal ke Mekah.

Tambah beliau, promosi jualan tersebut dimulakan tiga hari lebih awal sebelum megalive diadakan pada Sabtu lepas.

“Sambutannya sangat memberangsangkan. Ramai yang masih berminat untuk dapatkan buku Ustazah Basikal lagi-lagi ada poster yang menerangkan setiap negara yang penulis lalu semasa kembara.

“Harapnya usaha ini bukan sekadar tentang sebuah buku, tapi menjadi inspirasi kepada sesiapa yang sedang menyimpan impian untuk mengembara dan yang ingin mengenali budaya negara lain," jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai masih boleh mendapatkan buku Ustazah Basikal di Karangkraf Mall.