Bantuan SARA bulanan mula dikredit ke MyKad hari ini - MoF

Iklan
Sebanyak 15 kategori barangan telah diluluskan bagi pembelian menggunakan SARA

KUALA LUMPUR - Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah RM100 bantuan SARA bulanan akan dikreditkan kepada isi rumah yang menerima manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala masing-masing RM50 sebulan kepada warga emas dan bujang.

Iklan
Iklan

Menurut MoF, bagi penerima STR dan eKasih pula, isi rumah akan menerima RM200 bantuan SARA setiap bulan, selain RM150 untuk warga emas dan RM100 kepada golongan bujang.

MoF memaklumkan, sebanyak 15 kategori barangan telah diluluskan bagi pembelian menggunakan SARA merangkumi lebih 140,000 pilihan barangan asas seperti beras, telur, roti, minyak masak, ubat-ubatan di kaunter, makanan sejuk beku, makanan dalam tin serta keperluan sekolah.

Iklan

SARA boleh digunakan di lebih 14,700 pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara. - Bernama 

 

Iklan