KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan tujuh negeri sehingga jam 5 petang, hari ini.
Menurut MetMalaysia menerusi hantaran di laman X rasmi, amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala di Kelantan membabitkan Kuala Krai.
Di Terengganu, amaran melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman.
Sementara itu, kawasan di Pahang yang terlibat ialah Jerantut, Kuantan, Lipis, Cameron Highlands dan Maran.
Di Johor pula, amaran melibatkan Johor Bahru, Pulai, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Limbang, Lawas, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Betong dan Samarahan.
Di Sabah, amaran meliputi kawasan Pedalaman termasuk Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu, selain Pantai Barat yang melibatkan Papar, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan.