Air mata Tun M tumpah lagi ketika ziarah pusara Tun Dr Hasmah

Iklan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menahan kesedihan ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Khamis.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menahan kesedihan ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Khamis.

Dr Mahathir yang tiba jam 11 pagi dari Institut Jantung Negara (IJN), sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit di pusara Allahyarham.

Iklan
Iklan

Tun M menabur bunga di atas pusara Dr Hasmah sebagai tanda penghormatan terakhir.

Beliau kemudian dilihat berdoa dan menabur bunga di atas pusara Dr Hasmah sebagai tanda penghormatan terakhir.

Iklan

Kesedihan dan kerinduan jelas terpancar dari wajah Dr Mahathir.

Orang ramai yang turut berada di pusara gagal menahan emosi menyaksikan momen tersebut.

Iklan

Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada jam 9.20 pagi, 28 September lalu di IJN, Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.

Orang ramai yang turut berada di pusara gagal menahan emosi menyaksikan momen tersebut.

Jenazah Allahyarham kemudian dikebumikan di Pusara Negara pada hari sama selepas kerajaan memberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Terdahulu, anak sulungnya, Datuk Marina Mahathir turut menziarahi pusara ibunya.

Selain orang ramai dari pelbagai lapisan masyarat, turut kelihatan penyanyi terkenal, Datuk Ramli Sarip dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.