Ibu dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang dalam bilik, anak menantu ada dalam rumah

Iklan
JAINJ menahan pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di sebuah rumah di Kluang. - Foto JAINJ

KLUANG – Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang ditahan bersama lelaki bujang selepas disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah di daerah ini pada awal pagi Rabu.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memaklumkan serbuan dilakukan pada jam 1.40 pagi setelah menerima maklumat awam.

Iklan
Iklan

Menurut JAINJ, dua penguat kuasa lelaki ditugaskan untuk menjaga pintu belakang rumah tersebut untuk mengelak mana-mana pihak melarikan diri.

“Tiba di pintu hadapan penguat kuasa nampak seorang wanita berseluar panjang dan t-shirt di luar rumah.

Iklan

"Penguat kuasa masuk ke dalam dan menemui seorang lagi wanita sedang baring di atas tilam sambil main telefon. Dia memakai kain batik dan baju lengan panjang," menurut kenyataan itu.

Jelasnya, pemeriksaan diteruskan sebelum penguat kuasa mendapati sebuah bilik berhampiran ruang berkenaan berkunci dari dalam.

Iklan

"Apabila ditanya, wanita terbabit memaklumkan bilik itu adalah milik ibunya yang sedang tidur.

“Selepas pintu diketuk, ia dibuka kira-kira lima minit kemudian oleh seorang wanita yang memakai pakaian tidur.

"Keadaan bilik yang gelap menyebabkan penguat kuasa menggunakan lampu suluh sebelum mendapati seorang lelaki berada di atas katil,” katanya.

JAINJ memberitahu, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 29 tahun itu masih bujang, berasal dari negeri lain dan bekerja di sekitar kawasan berkenaan, manakala wanita terbabit berusia 44 tahun dan bekerja di negeri ini.

“Apabila ditanya berkenaan suami wanita itu, dia menceritakan kisahnya yang tidak duduk serumah dengan suami lebih setahun. Bagaimanapun, hasil semakan, mereka belum betul-betul bercerai.

"Pemeriksaan di katil kelamin mendapati berkembur dengan cadar dan selimut sudah bergulung," ujarnya.

Jelas JAINJ, lelaki terbabit datang ke rumah berkenaan menaiki motosikal dari kediamannya yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi.

"Penguat kuasa kemudian membuat pemeriksaan di bilik bahagian belakang rumah dan menemui seorang lelaki bersama isterinya yang juga anak kepada wanita berkenaan.

“Hairannya mereka yang dalam rumah seakan tidak terkejut apabila ibu mereka ditangkap bersama-sama lelaki itu, mungkin kerana sudah tahu lama perkara ini dan tidak dapat berbuat atau berkata apa-apa kerana ibu sendiri," katanya.

Menurut JAINJ, wanita berusia 44 tahun dan lelaki berusia 29 tahun terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.