Presiden kelab bola sepak maut ditembak

Iklan
Presiden kelab bola sepak Bulgaria, Botev Plovdiv, Iliyan Filipov maut ditembak di bandar Plovdiv,

PRESIDEN kelab bola sepak Bulgaria, Botev Plovdiv, Iliyan Filipov maut ditembak di bandar Plovdiv, Sofia awal pagi Rabu.

Filipov yang juga ahli perniagaan terkemuka negara itu dilaporkan ditembak sekitar jam 1 pagi waktu tempatan di sebuah premis miliknya.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, mangsa merupakan pemilik syarikat pengangkutan dan logistik PIMK selain pemegang saham majoriti kelab yang beraksi dalam liga utama Bulgaria itu.

Kejadian berkenaan mencetuskan siasatan pihak berkuasa, dengan polis dilaporkan menyekat laluan keluar dan masuk utama di sekitar bandar Plovdiv.

Iklan

Pendakwa Raya Daerah Plovdiv, Vanya Hristeva berkata, pihaknya sedang meneliti pelbagai petunjuk bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

“Kami sedang giat menjejaki semua petunjuk yang mungkin,” katanya dalam satu taklimat.

Iklan

Plovdiv terletak kira-kira 90 batu dari Sofia, ibu negara Bulgaria.

Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan