'Influencer’ duduk atas penyu mohon maaf selepas dikecam ramai

Iklan
Seorang pempengaruh media sosial dari Ukraine memohon maaf selepas tindakannya duduk di atas seekor penyu cetus kecaman ramai.

MUSCAT – Seorang pempengaruh media sosial dari Ukraine memohon maaf selepas tindakannya duduk di atas seekor penyu dan memegang anak haiwan berkenaan di Oman mencetuskan kecaman orang ramai.

Menurut laporan Metro UK, kejadian itu berlaku di Ras Al Jinz, Oman, yang merupakan antara kawasan penetasan penyu yang terkenal di negara berkenaan.

Iklan
Iklan

Dalam rakaman yang dikongsikan di media sosial, jurulatih kecergasan, Vadym Oleynik, dilihat menghampiri seekor penyu betina yang sedang bergerak sebelum duduk di atas cangkerangnya.

Oleynik kemudian terjatuh ke tanah apabila penyu tersebut terus bergerak. Bagaimanapun, dia kembali bangun dan duduk semula di atas cangkerang haiwan itu sambil ketawa.

Iklan

Dalam video sama, dia turut dilihat memegang seekor anak penyu yang menggerakkan sirip kecilnya ketika berada dalam pegangannya.

Perbuatan tersebut kemudiannya mengundang kecaman daripada orang ramai yang menganggap tindakan itu tidak wajar terhadap haiwan berkenaan.

Iklan

Susulan kritikan yang diterima, Oleynik tampil memohon maaf atas tindakannya.