'Terima 52 jahitan di kepala' - Penyanyi Nash terlibat kemalangan

Iklan
Penyanyi rock terkenal Datuk Nash terlibat dalam kemalangan hingga menerima 52 jahitan susulan kecederaan.

PENYANYI rock terkenal Datuk Nash terlibat dalam kemalangan hingga menerima 52 jahitan susulan kecederaan.

Pelantun lagu Zahir Tak Terucap itu difahamkan terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau malam tadi.

Iklan
Iklan

Akibat kemalangan itu, Nash menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di bahagian dahi kiri.

Nash yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta bersyukur tidak mengalami kecederaan teruk mahupun dalaman.

Iklan

"Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam tadi.

"Alhamdulillah, saya hanya mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala, manakala pemeriksaan dalaman mendapati tiada yang serius," katanya.

Iklan

Mengimbas kembali kejadian pada malam Ahad, Nash berkata dia menunggang motosikal pulang ke rumah selepas menunaikan solat Isyak di surau berhampiran rumahnya.

"Selepas solat, saya mengikuti ceramah dan barulah pulang ke rumah. Keadaan cuaca pula hujan. Dalam perjalanan itulah kemalangan berlaku," katanya.

Bekas vokalis kumpulan rock Lefthanded itu terdahulu dikejarkan ke Hospital Shah Alam dan dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin.

Nash turut mengalami luka di bahagian kepala, selain mengakui mata kirinya masih belum dapat dibuka.

"Minta maaf kerana saya tidak dapat buka mata buat masa ini," katanya.

Penyanyi veteran itu turut menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, ahli keluarga Nash yang berada di hospital meminta penyanyi itu diberi ruang untuk berehat dan kehadiran pelawat buat masa ini tidak dibenarkan. - Sinarplus.