Teruslah kuat Tun M
Iklan
Tun Dr Mahathir mengalirkan air mata ketika istiadat pengebumian Tun Dr Hasmah. Foto: ROSLI TALIB
PAGI 28 September 2026 datang membawa satu berita yang bukan sahaja menyentakkan hati ramai orang tetapi turut mengubah seluruh dunia seorang lelaki yang selama lebih tujuh dekad hidupnya ditemani wanita yang sama.
Tun Dr Hasmah Mohd Ali pergi meninggalkan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mereka bersama sejak 1956. Lebih separuh daripada usia mereka dilalui bersama.