‘Kak Hasmah ajar saya jangan campur urusan negara’
Iklan
Dr Wan Azizah berkongsi kenangan mengenai Allahyarham Dr Hasmah ketika ditemu bual secara eksklusif Sinar Harian di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya pada Rabu. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
PUTRAJAYA – Tun Dr Hasmah Mohd Ali menunjukkan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa menjadi isteri seorang pemimpin bukan bermakna mencampuri urusan negara, sebaliknya perlu memahami batas peranan dan menjadi sistem sokongan kepada suami.
Menganggap Dr Hasmah sebagai inspirasi hidup, Dr Wan Azizah berkata, banyak perkara dipelajarinya daripada wanita berkenaan, khususnya cara membawa diri sebagai isteri pemimpin.