City berdepan hukuman berat

Iklan
Liga Perdana mengesahkan City melanggar peraturan kewangan. Foto: Agensi

MANCHESTER City berdepan kemungkinan dikenakan hukuman berat selepas suruhanjaya bebas mendapati kelab itu melakukan pelanggaran serius peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang sembilan musim.

City didapati mengatur kontrak 'palsu' dengan beberapa rakan komersial bagi meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos lebih £900 juta (RM4.8 bilion) antara 2009 hingga 2018.

Iklan
Iklan

Tindakan itu menyebabkan kedudukan kewangan sebenar kelab disembunyikan, sekali gus membolehkan City mengelak daripada melanggar had perbelanjaan EPL serta UEFA.

Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters berkata, keputusan berkenaan menetapkan fakta mengenai apa yang berlaku di City, termasuk bagaimana kelab itu melanggar peraturan EPL secara sistematik selama hampir sedekad.

Iklan

"Dengan keputusan suruhanjaya sudah diperoleh, kami komited untuk bergerak pantas menyelesaikan proses seterusnya bagi memberikan kepastian kepada liga, kelab-kelab serta penyokong," katanya dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya mendapati City mengatur perjanjian komersial yang menyaksikan syarikat terbabit hanya membayar sebahagian jumlah penajaan, manakala baki dibiayai Abu Dhabi United Group Investment and Development (ADUG) milik pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan.

Iklan

Beberapa aturan lain yang dibiayai ADUG turut membolehkan City merekodkan perbelanjaan operasi lebih rendah daripada jumlah sebenar, menyebabkan pendapatan dan perbelanjaan sebenar tidak dilaporkan dengan tepat.

Skim itu didapati meningkatkan pendapatan City lebih £830 juta (RM4.4 bilion), manakala pendapatan hak imej dilebihkan hampir £74 juta (RM399 juta).

Pada masa sama, liabiliti kontrak kakitangan dilaporkan kurang hampir £17 juta (RM91 juta) daripada jumlah sebenar.

Suruhanjaya mendapati City melanggar had perbelanjaan"dengan jumlah yang sangat besar" sekiranya kedudukan kewangan sebenar dilaporkan, selain bersalah atas majoriti pertuduhan berkaitan kegagalan memberikan kerjasama dalam siasatan EPL.

Bagaimanapun, tiada hukuman dikenakan setakat ini dan City berkata mereka akan merayu keputusan berkenaan, manakala keputusan itu dijangka memberi kesan besar kepada bola sepak England termasuk kedudukan City dalam EPL serta persoalan sama ada kejuaraan yang dimenangi kelab itu boleh dilucutkan.