Penghantar makanan langgar pelajar sekolah lintas jalan ditahan
Iklan
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan pelajar sekolah dipercayai dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan.
SUNGAI BULOH - Seorang penghantar makanan ditahan selepas dipercayai melanggar pelajar sekolah yang sedang melintas jalan dalam kejadian di Persiaran Saujana 4 di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 10.02 pagi pada 29 September.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.36 pagi apabila penunggang motosikal berkenaan yang dalam perjalanan menghantar pesanan makanan ke Puncak Alam telah melanggar seorang pelajar yang sedang melintas jalan.
"Susulan kejadian, penghantar makanan berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan pelajar sekolah dipercayai dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan.
Rakaman video terbabit dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian.
Iklan
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengutamakan keselamatan, khususnya di kawasan sekolah.
"Orang ramai juga diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="83 kontena penuh barang seludup RM114.35 juta dirampas"><meta itemprop="description" content="83 kontena penuh barang seludup RM114.35 juta dirampas
Taktik membuat pengikraran palsu dan menyembunyikan pelbagai komoditi dalam kontena terbongkar menerusi rampasan serta operasi membabitkan 83 kontena dan dua premis perniagaan bernilai RM114.35 juta termasuk duti dan cukai antara April hingga Ogos lalu.
Operasi dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor melibatkan rampasan 135 juta batang rokok putih, minuman keras, tembakau, barangan elektrik, dapur gas serta besi buruk dan sisa plastik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798458/berita/semasa/83-kontena-penuh-barang-seludup-rm114-35-juta-dirampas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kastam #Kontena #seludup"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-30T05:38:34.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P211S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbf1ts6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbf1ts6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbf1ts6"></script>