Kenal Tun Dr Hasmah melalui Upin & Ipin, ibu bawa anak-anak ziarah pusara Allahyarham
Iklan
Anak- anak Sherina menyiram pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah
PUTRAJAYA – Pengenalan terhadap Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali menerusi watak yang ditampilkan dalam siri animasi popular Upin & Ipin menjadi antara faktor yang mendorong seorang ibu membawa anak-anaknya menziarahi pusara tokoh wanita negara itu di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada hari ketiga selepas pemergiannya.
Sherina Mohd Jefri berkata, anak-anaknya mengenali Allahyarham melalui animasi berkenaan sekali gus menimbulkan keinginan untuk menziarahi pusara beliau.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selepas melihat gambar dan video dirinya bersama suami menziarahi pusara Allahyarhamah sebelum ini, anak-anak turut menyatakan hasrat untuk hadir memberikan penghormatan.
“Jadi hari ini saya mengambil keputusan untuk mencutikan mereka dari sekolah dan membawa mereka ke sini kerana mereka pernah menonton cerita Upin & Ipin yang menampilkan watak Tun Dr Hasmah.
Iklan
“Sebab itu mereka mengenali Allahyarham menerusi animasi tersebut,” katanya ketika ditemui di Pusara Negara pada Rabu.
Sherina bersama empat anaknya mengunjungi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah pada Rabu
Iklan
Sherina, 40, berkata, pada hari pertama menerima berita pemergian Allahyarham, dia hanya berkesempatan hadir bersama suaminya pada waktu malam kerana masih bertugas.
“Jadi ini merupakan kali kedua kami menziarahi pusara Allahyarham,” katanya.
Tun Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.
Memasuki hari ketiga pemergiannya, orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum terus mengambil kesempatan hadir ke Pusara Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh berkenaan.
Dalam pada itu, Sherina menyifatkan Allahyarham sebagai seorang wanita yang baik hati dan sentiasa setia mendampingi suaminya sepanjang kehidupan mereka bersama.
“Apabila beliau meninggal dunia, saya dapat merasakan betapa besar kehilangan yang ditanggung Tun Dr Mahathir,” katanya.
Sementara itu, seorang pekerja swasta dari Kuching, Sarawak, Nur Athirah Sidek turut mengambil kesempatan menziarahi pusara Allahyarham ketika berada di ibu negara atas urusan kerja.
Menurutnya, dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama ibunya pada pagi Rabu sebelum meluangkan masa hadir ke Pusara Negara.
“Saya mempunyai urusan kerja dan mesyuarat di sini, tetapi memang merancang untuk datang menziarahi pusara Allahyarham.
“Walaupun kunjungan ini singkat, saya bersyukur dapat hadir dan menyampaikan doa buat Allahyarham.
“Sejak beberapa hari lalu saya mengikuti perkembangan dan melihat keadaan Tun Dr Mahathir. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada beliau,” katanya.
Orang ramai tidak putus-putus mengunjungi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah di Pusara Negara, Presint 20, pada hari ketiga selepas pemergiannya.
Nur Athirah berkata, walaupun tidak pernah bertemu secara peribadi dengan Tun Dr Mahathir mahupun Tun Dr Hasmah, pasangan tersebut sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.
Menurutnya, dia turut berasa sebak melihat keadaan Tun Dr Mahathir selepas kehilangan insan yang menjadi teman hidupnya selama kira-kira 70 tahun.
“Saya tidak pernah berjumpa mereka, tetapi apabila melihat keadaan Tun Dr Mahathir sekarang, saya berasa sedih.
“Sebagai manusia, kita turut merasai kehilangan itu. Mereka hidup bersama selama kira-kira 70 tahun dan perpisahan itu sangat menyentuh hati,” katanya.
Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu atas satu pertuduhan memperdayakan Lembaga Pengarah agensi kerajaan itu berhubung pemberian kuasa kepada sebuah syarikat untuk menukar hak milik 16 tanah Felda pada 12 tahun lalu.
Faizoull, 66 tahun, yang memakai kemeja berwarna kelabu, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798426/berita/semasa/bekas-pengarah-besar-didakwa-perdaya-lembaga-pengarah-tukar-hak-milik-16-tanah-felda
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.