Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian - Mokhzani

Iklan
Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sejak Selasa untuk menjalani pemerhatian. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani pemerhatian, kata anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir

Mokhzani berkata, keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan, namun keputusan untuk memasukkannya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Iklan
Iklan

"Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dr Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada pagi, 28 September lepas dan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama dengan Istiadat Pengebumian Negara.

Iklan

Seorang lagi anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata, sebelum pemergian Dr Hasmah, Dr Mahathir berada di IJN untuk menemani isterinya sepanjang menerima rawatan.

Dr Mahathir dan Dr Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini genap 70 tahun usia perkahwinan mereka dan pasangan itu dikurniakan tujuh anak. - Bernama

Iklan