21 DUN tentukan rakan sekutu BN
Iklan
Dari perspektif strategi pilihan raya, BN perlu memastikan kerjasama yang dibentuk tidak menjejaskan identiti, autonomi dan kekuatan organisasinya. Foto hiasan
SHAH ALAM - Mana-mana pihak yang mahu menjadi rakan strategik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu mengambil kira parti itu mempunyai penyandang, organisasi akar umbi dan kepentingan politik di 21 kawasan.
Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, malah Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini telah menegaskan 21 kerusi milik BN tersebut merupakan titik permulaan rundingan, walaupun pertukaran kerusi tertentu boleh dibincangkan.