Kalaulah umur pun boleh dijual beli
Iklan
Di saat kita terlalu sibuk menghitung berapa banyak duit yang ada, jarang kita menghitung berapa banyak masa tinggal. Foto hiasan
SAYA teringat satu filem sains fiksyen bertajuk In Time yang ditayangkan di pawagam pada 2011. Dalam filem yang menceritakan kehidupan manusia pada 2169, kira-kira 143 tahun lagi, manusia digambarkan tidak menggunakan mata wang untuk sebarang urusan perbelanjaan.
Sebaliknya, mata wang ditukarkan kepada jam digital di lengan setiap manusia yang menunjukkan baki masa hidup masing-masing. Masa inilah yang menggantikan duit pada zaman tersebut.