KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya penyelarasan antara agensi diperkukuh, bagi memastikan penguatkuasaan untuk mengawal harga barangan asas dan membanteras pencatutan di seluruh negara, dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Anwar berkata, beliau membuat arahan itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 2/2026, yang dipengerusikannya pada Selasa.