Bila dah sakit, sudah tidak berguna lagi
Iklan
Jika pemakanan tidak dijaga dan gaya hidup sihat diabaikan, pelbagai penyakit mudah menghinggapi.
APABILA usia semakin meningkat dan mula memasuki fasa yang sering diselorohkan sebagai ‘remaja purba’, saya melihat semakin ramai sahabat dan kenalan berdepan pelbagai ujian kesihatan. Ada yang menghidap diabetes, menerima rawatan jantung, malah ada juga yang terkesan akibat kemalangan.
Hakikatnya, apabila mencecah usia 40-an, tubuh badan tidak lagi sekuat dahulu. Jika pemakanan tidak dijaga dan gaya hidup sihat diabaikan, pelbagai penyakit mudah menghinggapi. Kesihatan yang selama ini dianggap perkara biasa akhirnya menjadi nikmat yang sangat bernilai.