Ujian personaliti mengesan buli
Iklan
Walaupun pelbagai usaha dan kempen dijalankan, kes buli dan keganasan di sekolah ini akan tetap selalu berlaku. Foto hiasan
MINGGU ini, di Negeri Sembilan kita dikejutkan lagi dengan kes kematian seorang pelajar sekolah. Antara berita yang tersebar, ia disebabkan oleh angkara buli pelajar senior. Tidaklah jelas apa sebenarnya berlaku.
Maka berpusu-pusulah pandangan dan saranan dari pelbagai pihak. Antara yang selalu kedengaran ialah sekolah kita tidak lagi selamat. Walaupun dipasang CCTV, menambah warden, talian aduan dan pelbagai penambahbaikan, tetapi kes keganasan di sekolah berlaku juga.