Emas hampir sekilogram lesap gara-gara tayang kekayaan di media sosial

Iklan
Polis turut menyiasat hantaran video dikongsikan mangsa di media sosial. Foto Agensi

NEW DELHI - Tindakan mempamerkan barang kemas emas dan timbunan wang tunai di media sosial akhirnya memakan diri apabila rumah seorang YouTuber di India dipecah masuk dengan hampir sekilogram emas dan wang tunai dilarikan perompak.

Kejadian rompakan itu berlaku di kediaman didiami Vinoth Kumar bersama isterinya, Madhumitha di kawasan kejiranan VIP Garden di Thammathukonam, Nagercoil di Tamil Nadu.

Iklan
Iklan

Suspek yang masih belum dikenal pasti dipercayai memecah pintu belakang rumah pada waktu malam sebelum masuk ke kediaman itu dan melarikan barang berharga berkenaan.

Polis kini memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berkenaan dan kawasan sekitar bagi mengesan pelaku serta menjejaki pergerakan mereka.

Iklan

Aktiviti pasangan YouTuber itu di media sosial turut diteliti sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

Mangsa dipercayai pernah mempamerkan barang kemas dan wang tunai di media sosial yang mungkin secara tidak sengaja mendedahkan maklumat mengenai barangan berharga di rumahnya. - Agensi

Iklan