Sharudin kejutkan petarung Muay Thai berpengalaman, raih tali pinggang kategori 52kg

Iklan
Sharudin berjaya mengungguli kategori 52 kg selepas menumpaskan Mohd Ikhwan dari Gorilla Muay Thai pada Kejohanan Kuda Merah International Muay Thai Challenge 2026 di Stadium Titiwangsa hari ini. - Foto: Bernama

PETARUNG AWG Muay Thai, Sharudin Yahya mengungguli kategori 52 kilogram (kg) selepas menumpaskan Mohd Ikhwan Hakim dari Gorilla Muay Thai pada Kuda Merah International Muaythai Challenge 2026 Super Championship hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu, Sharudin meraih kemenangan secara KO pada pusingan ketiga, sekali gus berjaya merangkul tali pinggang kategori berkenaan.

Iklan
Iklan

Sharudin, 26, ketika ditemui selepas perlawanan mengakui beliau tidak sangka boleh memenangi aksi berkenaan memandangkan lawannya itu jauh lebih berpengalaman.

"Dia (Mohd Ikhwan) sudah bertarung lebih seratus kali berbanding saya, lebih kurang 30 kali. Saya ini baru lagi dan dia lebih berpengalaman daripada saya,” katanya.

Iklan

Sharudin berkata, beliau berharap kemenangan itu mampu menjadi suntikan semangat untuk meraih lebih banyak gelaran dalam arena sukan Muay Thai.

Kejohanan yang berlangsung sejak semalam itu menawarkan sebanyak 14 tali pinggang yang menjadi rebutan 28 petarung dari dalam dan luar negara. - Bernama

Iklan