10 pendaki hilang selepas runtuhan salji di Nepal

Iklan
Gunung Himlung setinggi 7,126 meter yang terletak berhampiran sempadan Tibet dilanda salji lebat selama beberapa hari sebelum runtuhan salji berlaku. Foto Agensi

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 10 pendaki dan jurupandu warga tempatan dilaporkan hilang selepas runtuhan salji melanda kem pangkalan Gunung Himlung di tengah Nepal pada awal pagi Ahad, menurut penganjur ekspedisi.

Negara Himalaya itu masih berdepan kesan banjir dahsyat seperti tsunami pada 26 Ogos lalu yang mengorbankan lebih 1,400 orang manakala lebih 6,000 lagi dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Gunung Himlung setinggi 7,126 meter yang terletak berhampiran sempadan Tibet dilanda salji lebat selama beberapa hari sebelum runtuhan salji berlaku.

Bibhuti Chand Thakur di Himalaya Holidays Trekking Dua memaklumkan dua helikopter bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini siap siaga, namun belum dapat digerakkan berikutan keadaan cuaca buruk.

Iklan

“Lapan anggota pasukan ekspedisi kami dan dua lagi daripada syarikat lain hilang tanpa jejak,” katanya.

Nepal mengeluarkan lebih 500 permit bagi pendakian musim luruh dengan Gunung Manaslu iaitu gunung kelapan tertinggi di dunia, menerima jumlah permit terbanyak.

Iklan

Salji lebat di Manaslu memaksa pendaki membatalkan ekspedisi manakala aktiviti pendakian ke rangkaian Gunung Dhaulagiri turut dihentikan sementara. – AFP