Eain Yow hadiahkan emas kelima Malaysia

Iklan
Aksi Eain Yow (kanan) ketika menentang wakil India, Abhay Singh pada aksi final perseorangan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjo Futo Arena. - FOTO: Bernama

MALAYSIA menambah koleksi emas kelima pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas Ng Eain Yow mempertahankan kejuaraan skuasy perseorangan lelaki di Arena Nagoya Kinjo Futo pada Ahad.

Beliau menewaskan wakil India, Abhay Singh dalam aksi final untuk mengulangi kejayaan meraih emas pada edisi lalu.

Iklan
Iklan

Eain Yow bermula dengan kemenangan 11-9 pada pusingan pertama sebelum terus mendominasi permainan untuk menoktahkan pusingan kedua dengan keputusan 11-5.

Pemain negara itu kemudian melengkapkan kemenangan straight set menerusi keputusan 11-5 pada pusingan ketiga.

Iklan
Iklan

Lebih manis, kejayaan tersebut turut membolehkan Eain Yow menempah tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) selepas skuasy bakal membuat penampilan sulung pada temasya terbesar dunia berkenaan.