Wanita warga emas cedera kenderaan dipandu langgar pokok

Iklan
Seorang pemandu MPV Toyota Avanza cedera selepas kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pokok Seksyen 31 Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di Shah Alam pada Ahad. Foto: JBPM SELANGOR

SHAH ALAM - Seorang warga emas yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza berdepan detik cemas selepas terbabas dan melanggar pokok di Seksyen 31 Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 9.56 pagi.

Iklan
Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Avanza yang terbabas dan melanggar sebatang pokok.

"Terdapat seorang mangsa wanita tempatan berusia 80 tahun telah tersepit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambahnya, mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan oleh anggota operasi sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Dalam kes berlainan, beberapa pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Toyota Vios yang diparkir dalam kawasan kilang di Bandar Sri Damansara pada Sabtu.

Iklan

Menurut Ashrul Riezal, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.31 pagi sebelum sepasukan BBP Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

"Insiden tidak melibatkan mangsa dan kerja mengalihkan pokok telah dilaksanakan bomba," katanya.