PENANTIAN 12 tahun Malaysia untuk kembali menjejak podium acara beregu wanita Sukan Asia 2026 akhirnya terlerai apabila Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir di Aichi sebentar tadi.
Pasangan ranking kelima dunia itu menyingkirkan gandingan India, Gayatri Gopichand-Treesa Jolly, yang menghuni tangga ke-26 dunia, 21-18, 21-9 dalam aksi suku akhir di Ichinomiya City Municipal Gymnasium.
Iklan
Iklan
Kemenangan dalam tempoh 42 minit itu memastikan Pearly-Thinaah sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa, sekali gus menamatkan penantian Malaysia yang kali terakhir menaiki podium acara berkenaan pada edisi Incheon 2014.
Pada temasya di Korea Selatan itu, pingat gangsa dimenangi pasangan Vivian Hoo-Woon Khe Wei.
Namun, cabaran lebih besar menanti Pearly-Thinaah di separuh akhir apabila mereka dijadualkan berdepan pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.